Teh di ASEAN Teh

Teh merupakan salah satu minuman yang sangat digemari dan diminum secara meluas di kawasan ASEAN. Air teh boleh dibuat dengan dicampur air panas dan gula sahaja, dikenali sebagai teh kosong, ataupun dicampur dengan susu segar atau susu pekat manis, dipanggil teh susu. Air teh susu boleh juga dicurah beberapa kali antara dua kole bagi menghasilkan teh tarik, yang mempunyai buih. Di Malaysia terdapat satu rancangan televisyen yang popular yang menganjurkan pertandingan teh tarik. Jenis-jenis air teh adalah seperti berikut:-

  1. teh O
  2. teh O ais atau teh o peng
  3. teh O ais limau
  4. teh tarik
  5. teh susu
  6. teh ais

Nama teh o beng berasal dari perkataan teh o (teh kosong) dan bing (冰) yang bermaksud ais.